Pengalaman mematangkan fikiran..

F0bia cinta~



Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi menghampiri
Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara
(korus)
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
(ulang korus)
Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta
Bukan aku tak sudi bersama
Tak mungkin bersamamu
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
(ulang korus)
Denyutan jantung aku tergendala





Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Aku tetapLah Aku

~~** ♥ Aku tetapLah Aku ♥ **~~

♥ Tak seperti bintang di langit...
Tak seperti indah pelangi.....
Karena diriku bukanlah mereka....
Ku apa adanya.....
Dan wajahku memang begini.....
Sikapku jelas tak sempurna.....
Ku akui ku bukanlah mereka.....

♥ Ku apa adanya......
Menjadi diriku.....
Dengan segala kekurangan......
Menjadi diriku.......
Atas kelebihanku......

♥ Terimalah aku.....
Seperti apa adanya......
Aku hanya insan biasa.....
Ku pun tak sempurna.....
Tetap ku bangga.....
Atas apa yang ku punya......
Setiap waktu ku nikmati......
Anugerah hidup yang ku miliki......:)

♥ UntuKmu Sahabat_Q ♥......:)
Aku  taK berharap  tUk  jadi   seOrg  yg  terpeNting dLm hidUpmu,
krNa  itu  terLaLu  suLit  bagiKu.......!
...
Aku cuMa berharap suatu hari naNti jiKa kamU dengr nama_Q,
kaMu aKn tersenyUm & biLang......

♥ " dia SAHABAT aKu "
♥ " dia TEMAN baikku "
♥ " dia MENYAYANGIKU & bisa membUatKU terSENYUM bahagia.......:-D ;-) ♥
~Thanks to Afifah Azlan
~Love This~

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta....

  

 

Tiga perkataan yg nmpak seakn sama utk di terjemahkn,namun jika di teliti membawa kpd pengertian yg sgt berbeza. Pengertian tiga prkataan ini memberikan makna yg sgt mendlm utk difahami.Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkn bahawa kasih,sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit..

Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah bismillah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

~Thanks to pen patah~

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

C.I.N.T.A


Cinta adalah sesuatu yang sukar dijangka.Cinta adalah fitrah yang diberikan kepada manusia.Jadi perasaan ingin mencintai dan dicintai adalah lumrah kehidupan.Sebagaimana diriwayatkan bahawa nabi Adam walaupun telah tinggal didalam syurga yang penuh dengan nikmat, masih belum berasa sempurna dan berasa kesunyian,kemudian Allah menjadikan Hawa sebagai teman hidup nabi Adam.Memang fitrah kehidupan dijadikan secara berpasang-pasangan.Berbanggalah sekiranya jatuh cinta kerana ia menunjukkan yang anda seorang yang normal.Tetapi persoalannya cinta ini harus dikawal kerana dengan cinta juga mampu membuatkan hidup seseorang musnah.Cinta tidak perlu dicari dan dikejar kerana cinta akan hadir dengan sendirinya bila tiba masanya.Cinta ibarat seseorang yang bilamana berasa lapar dia tahu kat mana nak cari makan,pe yang boleh makan dan pe yang tidak.So, jadikanlah cinta sebagai penyeri dalam kehidupan bukannya pemusnah.Sebagai sorang pelajar kejarlah dahulu ape yang lebih penting..Ilmu dituntut dalam agama,hanya masa ini sahajalah peluang yang ada untuk kita menuntut ilmu..,gunakanlah masa muda sebelum datang masa tua.Yakinlah jika kita mencintai pada jalan yang betul dan meninggalkan jalan yang salah,pasti Allah akan menggantikan kita sesuatu yang lebih baik lagi daripada itu.
Sedikit renungan bersama....
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak jatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. 
Ya Rabbul 'zzati jika aku rindu,
Rindukanla aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...
aminn...
Ya Rabbal 'alamin... 
~c0py and paste~
~credt to tengku~ ^_^ 

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Belog Dalam Pembaikian




Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

HANYA ENGKAU YANG MAMPU TAKLUKI HATIKU~


Assalamualaikum..

-cerita ini adalah rekaan semata-mata.tiada kena mengena antara hidup dan mati-


::awak,dulu awak pernah kata awak akan gila apabila berpisah dengan saya!!!saya percayakan awak sebab kali pertama kita putus dulu awak memang separuh mati bila kehilangan saya.awak sanggup datang berpuluh kilometer untuk jumpa saya.awak sanggup tunggu saya 3jam untuk pujuk saya balik.awak sanggup pujuk saya berulang kali untuk saya terima awak balik.dari situ saya nampak kesungguhan yang ada dalam hati awak.dari situ perasaan cinta saya terhadap awak bercambah dari hari ke hari:: 


::tapi awak,sekarang awak dah berubah.setelah 3 tahun kita bercinta awak tinggalkan saya begitu saja.apa salah saya awak???saya pulak yang gila bila kehilangan awak.hari2 saya menangis kerana saya kehilangan awak.tiba2 awak ucap putus pada saya.kenapa awak,saya xcukup baik ka atau saya xcukup cntik untuk awak??awak dulu kita susah sama2.dari mula kita bertemu kita cuma berjumpa di stesyen bas,lepas tu awak naik bas sekali dengan saya,kemudian awak naik motor awak dan saya naik motor saya,dan sehinggalah awak bawak saya naik kereta awak.::


 ::awak,waktu kita putus awak tau x betapa gilanya saya???macam2 cara saya cuba untuk pujuk awak balik.saya menangis siang malam awak sebab kehilangan awak.bila saya col awak xangkat,bila awak angkat awak letak ikut suka,awak cakap kasar dengan saya sedangkan sebelum ni awak melayan saya bagaikan puteri.tiba2 saya dianggap seperti sampah oleh awak.apa salah saya awak??sedangkan sebelum ni kita bahagia awak.saya tunggu untuk berjumpa awak sebab saya sangka saya mampu lembutkan hati awak.dari petang sampai malam saya tunggu awak.hujan...sejuk sangat waktu tu.tapi saya xkisah sebab saya cintakan awak.tapi awak tetap xmuncul.saya tetap tunggu hinggalah bas terakhir ke rumah saya tunggu,tapi awak tetap xmuncul.saya telefon awak.tapi awak tengking saya,awak cakap sapa suruh saya tunggu.awak biar saya menangis.awak letak telefon dan off telefon awak.awak taw x betapa terlukanya saya.saya demam malam tu sebab kena hujan.saya batuk selsema tapi awak xda untuk ambik berat tentang saya::


::esoknya saya dapat tahu awak berseronok dengan kawan awak.awak tau kecewanya hati saya.awak biar saya menunggu awak berejam-jam tapi awak berseronok dengan kawan2 awak.awak xkisah ka hati saya ni terluka???sekejam2 saya biarkan awak menunggu dulu tapi saya xsampai hati biarkan awak terus menunggu.saya hadir untuk jumpa awak.tapi awak siap marah saya lagi.saya nangis macam xda harga di mata awak.orang kata lelaki lemah pada air mata.tapi awak xmcm tu.awak keras hati.awak xkisah pown air mata yang keluar dari mata saya.awak langsung xcuba hubungi saya untuk ambil tau apa dah jadi pada saya.awak,saya nak awak tau betapa lemahnya saya kehilangan awak.saya rasa xbermaya nak teruskan kehidupan saya sebab saya terlalu mencintai awak::


::mungkin awak xsedar sebab awak xpernah ditinggalkan oleh orang yang terlalu cintai.tapi mungkin satu hari awak akan merasakannya.betapa kecewa dan pedihnya ditinggalkan oleh insan yang dicintai.bila air mata awak mengalir tapi dia xhargai baru awak akan sedar betapa kejamnya awak lukakan saya.awak bila tiba hari penyesalan tu,mungkin saya bukan milik awak lagi.mungkin ketika itu saya sudah menjadi milik orang lain atau saya sudah tiada di dunia ini.mungkin bila tiba hari itu,awak akan menangis kerana kehilangan gadis yang terlalu mencintai awak.sebab saya yakin dan berani memberi jaminan kepada awak,xakan ada gadis lain yang mampu mencintai dan menyayangi awak seperti saya menyayangi awak.::


::tapi awak dah buat keputusan untuk sia-siakan saya dan lupakan saya.awak walaupun hati saya menangis kehilangan awak tapi jauh disudut hati saya sebenarnya saya redha.saya pun xakan kembali pada awak.cuma kadang2 saya jadi sensitif bila memikirkan saya pernah bahagia bersama awak.awak jaga diri baik2 tau.apa2 gtaw saya.saya xsanggup sesuatu yang buruk jadi pada awak.semoga awak berjaya dalam hidup awak.terima kasih layan saya seperti ini.awak saya xsanggup awak terluka seperti saya terluka sekarang.satu hari nanti,pilih gadis yang betul2 mencintai awak tau.saya akan sambung belajar selepas ini dan saya harap saya dapat tempat yang jauh dari awak sebab saya dah xsanggup berdekatan dengan kenangan antara kita kerana setiap inci laluan saya mengingatkan saya pada awak::


::kepada awak;saya nak awak tau saya terlalu mencintai awak dan perpisahan ini terlalu menyiksa saya dan melukakan saya.awak tau tiap2 malam saya nangis sebab awak.jangan menyesal andai saya jadi milik orang lain selepas ini.kejarla saya awak,pujukla saya awak selagi saya mencintai awak.atau saya akan berpaling dan melangkah pergi dari hidup awak.dan satu hari nanti awak akan menyesal yang awak kehilangan TRUE LOVE awak.tangisan saya menitis hanya untuk awak.hanya kau yang mampu takluki hatiku.andai saya bersama dengan orang lain selepas ini,janganla awak menangis atau menyesal lagi kerana awak xpernah cuba memujuk atau kembali kepada saya lagi.selamat tinggal sayangku.my true love::


  Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Kusentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saaat menjadi nyata

Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan kurelakannya

Putera
di pintu mahligai
Kulihat kasihmu melambai



Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu                                          
Putera di pintu mahligai        
Nyatakan segala impian

Sambutlah tangan sambutlah                                    
Semoga terlepas segala siksaan

Dengan sayap impian
Ingin terbang ke sana
Membawa cinta sebesar dunia
Apa jua milikku dan kutahu
Hanya untukmu

 
p/s: awak selagi cinta saya untuk awak kejarlah saya kembali sebelum hati saya benar2 tertutup untuk awak buat selama2nya.jangan awak menyesal satu hari nanti andai cinta ini telah pudar dan hilang dan saya serahkan cinta saya pada yang menghargai saya...JANGAN MENYESAL  suatu hari nanti andai awak kehilangan saya.anggaplah saya gadis malang yang mengemis cinta dan kasih dari awak...
sebab saya terlalu mencintai awak.tapi jangan biar hati saya mula tertutup kerana ketika itu saya telah berpaling dari cinta ini dan menyerahkannya pada yang menghargai diri saya sayang.selamat tinggal sayang.

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

...........:')

" ...andai tiada lagi rasa itu untukku, aku rela lepaskan dia pergi kerana aku menyayanginya, aku mahu dia bahagia bersama pilihannya, aku mahu lihat dia tersenyum walau bukan denganku, dan kerana aku pasti kebahagiaanku dengan insan yang tulus menyayangiku...:') "





Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki.!


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!





Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Airmata Syawal

Assalamualaikumm..
Lirik Lagu airmata syawal-Siti Nurhaliza
~sedih~ :')
Sayu... hati ini makin sayupRindu... terkenangkan desa permaiWajah ayah bonda bermain di mataMengajak ku pulang ke desaDi hari bahagia hari raya

Lama kutungguBertemu di pagi muliaNamun tidak kesampaianAirmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersamaMenyambut hari bahgiaJarak memisahkan rindu pertemuanBilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakandaTak dapat beraya bersamaJauh dari mata dekat dalam jiwaTeguh kasihku tidak berubah


~Love dis s0ng s0 much~ ^_^

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Rumput dn Kasih Sayang~




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.



Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

- Artikel iluvislam.com-


Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

=Kepercyaan=


Assalamualaikum..
!.BACA TAU.!

"awak...dulu saya terlalu percaya dengan awak...saya percaya dengan segala2nya yang awak kata...janji2 awak semua saya pegang , saat itu saya rasa bahagia sangat tapi saya tahu saya silap besar kerana terlalu berharap dengan awak..saya lupa kepercayaan itu bila2 masa akan hancur ..saya juga lupa yang kita ni hanya manusia... awak, kalau awak masih ingat lagi betapa saya sangat sayangkan awak...dan awak pun sayangkan saya...tapi sekali lagi kepercayaan yg saya beri itu hancur...saya sedih..awak , saya minta maaf...saya dah tak mampu percayakan awak lagi .. awak .. saya minta maaf kerana kepercayaan tu telah hilang dari saya..awak..maafkan saya , saya terpaksa pergi dr hidup awak..selamat tinggal awak =("



luahan dari seorang teman..~ betullah orang kata setiap perhubungan tidak cukup dengan cinta sahaja jika tiada KEJUJURAN, KEPERCAYAAN, KERJASAMA dan banyak lagi untuk mengukuhkan sesebuah perhubungan .. bahagia bila janji2 bertaburan keluar dari bibir yang manis .. indahnya saat tu walaupun di saat itu cuma janji yang terpateri .. tapi bila kepercayaan yang kita berikan itu di khianati ,alangkah kecewa dan sedih .. kenapa..~ kenapa kepercayaan yang di berikan sewenang2nya di berikan satu titik hitam ..lalu semuanya gelap gelita yang tinggal kini hanya lah harapan yg kian musnah..terima kasih kerana pernah memberi kepercayaan dan terima kasih kerana telah menghancurkan .. dan maafkan lah jika seseorang itu tidak lagi mempercayai kita kerana kamu telah menghancurkan ~


''jangan terlalu berharap bunga ini akan sntiasa segar , kerana mungkin nanti ia juga akan layu ''

jika kita bertemu dengan seseorang yg sgt percayakan kita .. kita balas lah kepercayaan itu dengan kejujuran kita ..tidak rugi bila kita jujur , tidak pula rugi bila kita berbuat benda yang baik .. cuma kita akan rasa rugi bila kita sudah mengecewakan hati yg lain .. maybe dia yg merasa kekecewaan itu sedangkan kita gembira tapi kita kena ingat , kekecewaan yg kita berikan itu mungkin akan datang balik kepada kita tanpa sapaan ..saat itu ibarat mata pedang yg tajam menghiris hati yg bila dikelar pasti akan berdarah ~

*copypaste*



Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Lelaki eg0


Assalamualaikum..
nk share sstu nie..cerpen "lelaki ego"..
best tau..copy dr article Tentang cinta..
semua cerpen dlm tu best2 t..kalau da ms korng jenguk lah blog Tentang Cinta ni ok..

"Lelaki eg0..

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.


Nk thu kisah selanjutnya..klik Read m0re
kt bwh tu ye..^_^

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Jangan Terlalu Baik, Nanti Saya Akan Merindui Awak~

Assalamualaikum ..
"Jangan Terlalu Baik..Nanti sy mrindui awk.."


Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
~Puteri Santub0ng~





Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^