Pengalaman mematangkan fikiran..

Jodoh Itu Rahsia Allah =')


Cerita Cinta A and B..

A bercinta dengan B . Memang tak boleh nak berpisah sebab dah nama pun kaple kan . Cinta sampai mati woo . Everything bersama sama , tak pernah miss even one second ( cinta hujung nyawa laa kot ) Masa berjalan sampai tiba satu tahap , cinta tak kesampaian , kenangan pahit manis banyak sampai tak terkira . last last berpisah . ZERO . A hilangkan diri sebab nak jauhkan diri dari B sebab dia mula rasa perasaan tu makin hilang walaupun both of them , dah lama bersama . B tetap cari A setiap hari sampai dia mula rasa down . Diri B tak kuat tanpa A . A bukan tak pernah ingat pada B tapi A mula fikir dia rasa macam banyak benda tak kena . Rasa kosong dalam jiwa dia . A mula berfikir banyak perkara , mungkin masa nie Allah dah bagi petunjuk pada dia . Sebab cinta dia lalai , lupa banyak perkara . Memang salah dia tapi bila fikir , masa bila lagi dia nak berubah . A bukan orang terbaik tapi dia berusaha nak jadi seorang yang baik . Seorang ustazah menasihati A , “ Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah .

[" Apabila niatmu tekad mengatakan  Engkau cinta padaNYA , Maka akan datang cinta MANUSIA sebagai ujiannya ". .]
A teringat pada B dan berjanji dengan dirinya , dia perlu redha dengan ketentuan Allah . Dia tak perlu terkejar kejar cinta B walaupun terlalu banyak perkara manis dan pahit dalam hidup dia . A percaya kalau betul B jodoh dia pada satu masa yang akan tiba , Insyallah semuanya akan menjadi mudah . Amin ! Kisah B pula , dulu dia pernah rasa down kerana A , dia bangkit kerana semangat dan sokongan dari mereka yang sentiasa dibelakang dia . B fikir sebab apa lagi dia perlu menunggu A yang tak pernah tiba , tak pernah muncul di hadapan dia . B telah maafkan A walaupun A pada masa tu menghilangkan diri secara tiba tiba tanpa berita . Seolah olah macam A tak pernah wujud . B mula menerima kenyataan dan memperbetulkan dirinya yang sebelum ini lalai kerana cinta . Lupakan Allah . Betul , bila Allah dah bukakan hati kita , lama kelamaan barulah kita boleh menerima ketentuan takdir dariNYA . Allah sentiasa memberi hambanya peluang untuk berubah walaupun , kita memang dah cukup baik dari segala galanya , tapi ini semua keputusan dari Allah . Belajar Redha kerana Allah .
[..Ayat “ KUN FAYAKUN ! “ dalam surah Yassin ayat ke 82 .Jika Allah berkehendakan ia jadi! Maka , jadilah ia ! ]

Ending of the story , A and B tak brsama walaupun perasaan kasih dan sayang dalam hati pernah wujud , tapi masing masing bersedia dan redha dengan apa yang telah ditulis oleh Allah . Semuanya datang dari Allah . Jika si dia Jodoh kita,maka ucapkanlah Alhamdulilah ... Jika tidak, terimalah dgn hati yg trbuka.. Semua ini sudah ketentuan dariNya.
[..Jarak ini bukan untuk menghukum mu , tetapi untuk menjaga dirimu dan aku ..]
Bagi aku , ayat nie sangat bermakna sebab JARAKlah yang akan  membuatkan diri kita jauh daripada perkara yang tidak elok antara lelaki dan wanita . Sekuat mana cinta anda , kuat mana anda berdoa , bercinta untuk membina masjid yang halal , jika Allah dah tuliskan dia bukan jodoh anda . Terimalah dengan sebaiknya . Ada sebab Allah bagi ujian macam nie pada kita . Apa ujiannya ? Hanya Allah yang tahu . Jangan terlalu mengharap pada cinta manusia kerana  petunjuk Allah pada setiap hambanya berbeza (:Mungkin dia bukan jodoh kita tapi siapa tahu Allah akan berikan seseorang yang boleh membimbing kita hingga ke syurga . Kan lebih manis ! =)


Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Kamu Boleh Brbuat Maksiat,Ttapi Dgn menunaikan 5 Syarat.. !!

Alkisahnya terdapat seorang ulama sufi bernama Abu Ishaq Ibrahim bin Adham  (wafat 782 M) dulunya adalah seorang Raja Balakh yang meninggalkan istana dan kemudian menjadi seorang sufi yang sangat termasyhur. Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham untuk mengadukan sesuatu hal. Berikut merupakan perbualan mereka.

Lelaki itu: Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.
Ibrahim: Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.
(Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar dan bertanya)
Lelaki itu: Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

SYARAT PERTAMA
Ibrahim : Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.
(Mendengar itu lelaki itu mengernyitkan kening)
Lelaki itu: Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? 
Ibrahim: Ya! (Tegas Ibrahim bin Adham.) Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?

SYARAT KEDUA
Ibrahim: Yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! (Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.) Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?
Lelaki itu: Ya! Anda benar.(Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.)

SYARAT KETIGA
Ibrahim: Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya! 
Lelaki itu: (Terperanjat) Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?
Ibrahim: Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?
(Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.)

SYARAT KEEMPAT
Ibrahim: Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'.
(Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar)
Lelaki itu: Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?
Ibrahim: Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?

SYARAT KELIMA
Lelaki itu: Baiklah, apa syarat yang kelima?
Ibrahim: Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

(Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.)
Lelaki itu: Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.
(Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.) Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah. (Sambil terisak-isak)


#Jadi, kalau kita mampu, bolehkan kita melakukan maksiat dengan lima syarat itu? Tanyalah diri kita. Allah maha pemurah maha penyayang. Sesiapa yang telah terlanjur melakukan maksiat, bertaubatlah segera selagi jasad kita masih bernyawa. Yakinlah supaya Allah akan menerima taubat kita.. =')

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Kisah Saya Dan Awak~

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.  
                    
Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang.

Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya



 Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”. Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. 



Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja. Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya..Alhamdulillah.. ~>Ya Allah,Jadikanlah HATI Kami Ini Mencintai Hanya KeranaMu, Moga Kami KEKAL Di Dalam REDHAMU.. Amin Allahumma Amin.. InsyaAllah,Mencintai awak kerana Allah.. =)



Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Kebenaran sebuah kegagalan

 
Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Ini kerana, setiap individu berbeza-beza kemampuannya. Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Jika kita melihat betapa dalam dan besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Nah, kasih sayang Allah SWT lebih dalam dan besar dari itu. Mustahil Allah akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.

Tidak akan Allah memudaratkan diri kita jika perkara tidak mampu dilakukan. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Begitu juga dengan kegagalan yang ditimpakan ke atas kita. Hikmah itu akan muncul dengan bersebab. Percayakan Allah SWT dan membuangkan perilaku mengeluh serta berputus asa kita.

‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga yang selalu dihembuskan kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita.

Kita mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Selagi belum tiba hari esok selagi itulah kita berpeluang untuk berjaya. Pilihan terletak di dalam genggaman dir kita sendiri. Masa berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk menentukan kebahagiaan dunia dan akhirat kita.  

*Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.


~Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
~Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
~Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
~Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
~Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
~Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
~Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
~Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
~Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
~Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

Gagal Itu Satu Anugerah

Gagal itu satu anugerah dan rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja. Apa yang di maksudkan di sini adalah bentuk kegagalan yang dirasai oleh setiap individu itu. Sebagai contoh, bukan semua pelajar merasai kegagalan dalam peperiksaan.

Oleh itu, pelajar yang gagal tadi akan merasakan lebih bersungguh dan berhati-hati dalam pembelajarannya yang akan datang. Ini kerana dia berlajar dari kegagalan. Tetapi ini tidak bermakna kita wajib gagal untuk berjaya.

Gagal juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang. Dengan pernah merasai sesuatu kegagalan itu, kita ingin memastikan orang disisi kita tidak merasainya. Salah satu sebab kita dapat menjadi seseorang yang lebih baik dan berjaya pada hari akan datang dengan telah merasai kegagalan.

Kemampuan seorang yang pernah menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal. Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita hadapi. Mintahlah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar pemohonan hamba-Nya. Doa dengan menggunakan kalam Allah SWT :-

Maksudnya :- “Wahai tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah tugasku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul dari lidahku. Supaya mereka faham tutur kataku”. [Thoha; 20:25-28]

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Senyum =)

  
Andai kita ketawa hri ini, esok mungkinkh kita mnangis?
Andai kta sedih menatap hri esok? Akan kah hri esok itu bhgia buat kita lalu kita ketawa bersama?
Benar kata orng, ada berberapa perkara kite perlu mdiamkn dri..dan 
ada bbrpa prkara pulak kta harus luahkan..
Andai hari esok bukan milikku. .Jadikn lah aku kngn mu, bersemadi terus dihatimu..( jiwangss..haha)
Hanya 1saat untuk terpikat pd sesorang.. 1minit untuk jatuh hati.. 1jam untuk menyukai.. 1hari untuk menyakiti.. Tapi mengambil masa seumur hidup tuk melupakan.
Meskipun Hati Terluka,Aku Akan Tetap Senyum Untukmu...
: : Assalamualaikum: :

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Alhamdulillah~

    

Alhamdulillah. Puji dan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam. Syukur kerana setelah kita tidur, kita masih lagi dibangkitkan. Syukur kerana sepanjang kita tidur, kita tidak sedar apa yang sedang berlaku pada diri kita apatah lagi pada rumah kita, bila kita membuka mata pada pagi ini, semuanya masih kekal selamat seperti hari sebelumnya. Alhamdulillah.

Kita masih diberi peluang untuk hidup sehari lagi. Kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan mensucikan diri dari dosa. Kita masih diberi peluang untuk memohon kemaafan daripada insan-insan yang pernah kita sakiti. Kita masih diberi peluang untuk mengumpul amalan dan bekalan untuk dibawa ke alam akhirat. Terima kasih Allah.

Sahabat kita yang suatu masa dahulu ketawa dan menangis bersama telah pun pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Giliran kita entah bila? Allah telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti mati. Dan kita. Pasti mati! Bilakah masanya hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Berdoa dan berusahalah, agar kita mati dalam keadaan yang baik. Cukup amalan dan bekalan untuk menghadap Ilahi. Kerana yang pasti, setelah roh meninggalkan jasad, sejuta penyesalan tiada gunanya. Tiada lagi u-turn. Sudah sampai masanya kita menikmati ganjaran atau balasan atas apa yang kita kerjakan ketika hidup kita di dunia. Allahuakbar.

Sebagai manusia yang fitrahnya mempunyai nafsu. Ditambah pula dengan sumpah dendam syaitan yang inginkan anak cucu Adam bersama mereka di neraka, kita manusia cenderung melakukan dosa dan maksiat. Biarpun mempunyai akal namun tanpa keimanan yang teguh, kita pasti tewas pada godaan dunia dan hasutan syaitan. Naauzubillah.

Kerana kita manusia biasa, bukan maksum. Kerana kita sememangnya manusia, bukan malaikat. Justeru, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan.

Oleh itu, syukurlah. Kerana Allah masih lagi menyambung kontrak pinjaman nyawa dan jasad kita, memberi kita peluang untuk menginsafi diri, mensucikan diri dari dosa dan maksiat, bertaubat dan memohon keampunan dariNya. Moga Allah mengampunkan dosa kesalahan kita. Moga Allah melindungi kita dari perkara dosa dan maksiat. Semoga Allah menjauhkan kita dari api neraka. Amin ya rabb.

Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Mati pasti tiba. Mungkin saya pergi dulu sebelum kalian. Mana salah saya, sudilah kiranya kalian maafkan. Mana silap saya, moga sudilah kalian tunjukkan. Kerana saya ini cuma manusia biasa, sama seperti kalian. Tidak lepas melakukan kesalahan dan tidak pula dapat melarikan diri daripada malaikat maut.

Jom! Ingatkan saya. Ingatkan diri kita. Mari kita bersyukur dengan segala nikmat dan anugerah dari Ilahi dengan memanfaatkan segalanya ke arah kebaikan. Sebelum mata terpejam buat selamanya.

Ya Tuhan kami.. Berikanlah kami kemaafan, ampunilah kami, rahmatilah kami.. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir..

Amin ya rabb..

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Berubah meskipun susah~

 
: : Ini sekadar luahan perasaan : :
-AKU INGIN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK-
Aku ingin untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana aku sedar yang aku ni tidak sempurna..Banyak kekurangan yang Allah berikan kepada aku dan aku tahu itu adalah kerana Allah ingin aku sentiasa mengingatinya dalam setiap perkara...Maha suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..pernah tak korang rasa amat cemburu bila tengok orang lain berubah ke arah yang lagi baik sedangkan kita dah lama merasainya tapi berat hati untuk melakukannya? yup! aku merasakan itu..
Aku cemburu yang amat sangat tengok perempuan yang bertudung labuh..cantik sangat rupanya dorang menutupi apa yang patut disembunyikan.. sungguh indah ~ ^_^
Aku cemburu tengok perempuan yang menjaga auratnya dengan sempurna yang hanya menampakkan tapak tangan dan muka sahaja..Kadang2 aku berperang dengan perasaan sendiri antara mahu dan malu..Tapi Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk berubah..aku sedang belajar..memang memerlukan istiqamah yang tinggi kerana aku berubah bukan sesaat tapi untuk selamanya..
 Bila kita semakin berubah, kita akan sedar semakin kerdilnya kta.. kerdil dengan ilmu-ilmuNya. .yang pasti aku ingin terus berubah walaupun secara perlahan..skrg ni Allah dah tiupkan kesedaran dalam diri aku, aku sedar tentang diri aku..sampai bila kita mahu nafikan kesedaran kita tu dan berbangga dengan diri kita sekarang.? Sedangkan yang sekarang bukanlah yang terbaik..
 manusia yang terbaik itu akan sentiasa mengharapkan  esok
adalah lebih baik dari hari ini dan seterusnya..setiap hari tanamkan niat dan berdoa untuk berubah.. insyaAllah 
 ~Berubah itu bukan perkara mudah, perlukan 1001 kekuatan..Berubah itu indah..jom la cuba..^_^ ~


 

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Inilah caraku mencintaimu~

  


Buat kekasih anda, andai dirinya bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti,
 cinta bukan bermaksud keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga, cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dalam cinta~~ PakarCinta, Motivator Cinta. 
 


Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku..
 
Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana.
 
 Begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH…


Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.

Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah,
aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau.

 Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,

aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.
Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda.. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.. =')

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Ketika Allah menciptakan wanita~

 



Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”

Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…

Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”
“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”
“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”




“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat
Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
 
Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”
“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”
 
“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”
“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki…
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…

 

 
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
Mampu tertawa saat hatinya menangis…
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya…
Dia boleh melawan ketidakadilan…
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia…
Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…

 
“CINTANYA TANPA SYARAT”
Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”
Tuhan menjawab, “Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”. =)

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

♥ Indahnya Perkahwinan ♥


 
Percayakah kalau dikatakan perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah???
~Secara lisan mungkin kita akan berkata “percaya”, tetapi sememangnya perkahwinan itu sukar dirasai tanpa menjalaninya. Jadi, boleh dikatakan sebenarnya anda belum benar-benar yakin akan pernyataan di atas. Kadangkala, banyak alasan dari mulut kenapa kita tidak bersegera berkahwin, diantaranya:

♥ Belum habis pengajian
♥ Secara kewangan masih belum mampu.
♥ Anda sedang menjalani suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka masa waktu tertentu.
♥ Belum bertemu orang yang sesuai atau belum mendapat jodoh.

♥ Masih ingin menikmati masa muda.





♥ Belum mendapat restu dari orang tua (mungkin ibubapa merasa tidak sesuai dengan calon pasangan anda).
♥ Takut kepada lawan jenis.
♥ Belum berani bertanggungjawab.
dan sebagainya...

Kerana perkahwinan, kita akan kehilangan:

♥ Waktu untuk berkumpul dengan rakan-rakan
♥ Waktu untuk menjalankan hobi. Malah anda hampir akan kehilangan hobi lama
♥ Hak peribadi, misalnya merokok, bergosip, dan sebagainya – yang kebanyakan sebenarnya adalah hawa nafsu...

Semua alasan di atas adalah alasan yang sebenarnya  
timbul dari dalam hati kita.
Hati adalah sesuatu yang sangat mengikut pengaruh, baik dari dalam diri kita sendiri mahupun dari luar. Apabila dapat mempengaruhi hati dengan agama, dengan berzikir kepadaNya, menyebut nama-Nya, itu jauh lebih baik. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya, redha Allah SWT jauh lebih baik daripada dunia seisinya.

Kita belum menamatkan pengajian di universiti, belum menjadi seorang graduan. Seringkali perkara ini dihubungkan dengan tradisi orang-orang tua kita, jika mahu berkahwin harus “menjadi orang” dahulu, iaitu Belajar –» kerja –» Kahwin. 

Malah ada juga yang menetapkan ketentuan seperti mempunyai harta yang cukup (3 biji kereta Mercedes..hehe) dan perkara seumpama ini telah menjadi wajib dalam masyarakat kita.

Padahal sebenarnya belajar itu merupakan satu proses seumur hidup, bermula dari dalam rahim sehingga kita mati. Tiada salahnya berkahwin ketika masih di universiti. Kesannya mungkin hanya masalah pembahagian waktu. Aturlah waktu agar dapat bekerja separuh waktu. Waktu menghadiri kuliah atau membuat assignment, fokuskan tenaga dan fikiran kita. Begitu juga ketika bekerja separuh waktu. Kuncinya, mengatur masa dan mengatur fokus.




Bagaimana apabila kita merasakan secara kewangan masih belum mampu?
[QS 24. An Nur ayat 32] :"Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Ayat ini adalah motivasi utama untuk yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Kita akan menjadi super yakin apabila kita sudah berkahwin dan menjalaninya. Tetapi kita harus sabar dan tawakkal kepada Allah serta tetap berusaha. Walaupun disaat kita benar-benar kehabisan wang. Jangan menjalankan maksiat dan pekerjaan yang haram hanya kerana tiada wang.

Apabila kita sedang mengikuti suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka waktu yang tertentu, tetaplah mengikuti program tersebut dan jagalah keinginan kita untuk berkahwin. Untuk lebih yakin lagi, jelaskan kepada ibubapa dan calon mertua. Berjanjilah untuk segera berkahwin setelah jangka waktu tersebut dilepasi dan sekaligus minta restu mereka.

Belum bertemu yang sesuai? 

Itu bergantung kepada kriteria anda. Tidak perlu berlebihan dalam hal ini. Yang paling asas adalah pasangan yang kita inginkan tidak perlu seperti kita. Dan lihatlah diri kita sendiri. Kalau kita “begini” kemungkinan kita akan mendapatkan pasangan yang “begini” pula. Jika kita seorang yang selekeh, jangan mengharapkan pasangan yang kcak atau cantik.

Kuncinya, batasi kriteria kita hanya dengan apa yang ada di Al Qur’an dan sunnah Nabi. Semakin cerewet kita, semakin sukar kita akan bertemu pasangan yang sesuai. Dan selalulah meminta petunjuk-Nya.

Jodoh itu termasuk ketentuan Allah yang kita sendiri tidak tahu, tetapi InsyaAllah kita pasti akan mendapatkannya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [QS 30. Ar Ruum ayat 21]


Ibu Bapa yang tidak bersetuju? 

Sebaiknya kita lihat dulu, apa masalahnya. Mungkin ibubapa kurang berkenan, contohnya kerana berambut botak, berkelakuan buruk, mempunyai pekerjaan haram atau suka membuat perkara maksiat. Untuk kes ini, ajaklah pasangan kita untuk memperbaiki diri terutama yang berhubung dengan akhlak dan bersabarlah. Selalukan mempertemukan pasangan kita dengan ibubapa. Ada pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Biasanya ini hanya masalah waktu. Berprasangka baiklah kepada Allah dan ibubapa.

Tetapi apabila ibu bapa tidak setuju kerana alasan yang “pelik-pelik”, misalnya kerana harta atau keturunan, Jelas secara perlahan-lahan dengan bahasa yang sopan kepada ibubapa bahawa perkara itu tidak penting. Apabila ibubapa masih berkeras juga dan kita sudah tetap dengan pilihan kita, mahu terus atau mahu mematuhi ibubapa?

Sebenarnya, dari satu sudut, restu orang tua (terutama ibu) itu penting, tetapi kewajipan kita untuk taat kepada ibubapa hanya apabila sesuatu perkara itu benar di mata Allah dan tetaplah berbuat baik kepada ibubapa.

Katakanlah: “Marilah ku bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). [QS 6. Al An’aam ayat 151]

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." [QS 17. Al Israa’ ayat 23]

Kemudian, tentang hobi, kesenangan, dan sebagainya yang berhubungan dengan hawa nafsu. Percayalah, Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik kerana dengan menikah bererti kita mematuhi perintah Allah dan sunnah Nabi. Allah akan senang kepada hamba-Nya yang mahu mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya.




Kita akan merasakan indahnya perkahwinan kerana:

♥ Kita boleh mengajak pasangan kita ke arah kebaikan, menjadi pendakwah kepada pasangan dan anak, dan kita akan mengetahui lebih banyak lagi tentang agama sekaligus mempraktikkannya bersama keluarga kita. Kalau berdakwah kepada orang lain mungkin kita akan malu-malu, tetapi itu tidak berlaku apabila kita berdakwah kepada pasangan dan anak kita.

♥ Allah akan selalu menolong kita dan perkahwinan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan.
♥ Sesuatu yang diharamkan menjadi halal kerana perkahwinan.

♥ Nafsu duniawi kita lebih terkawal.

♥ Saat anak kita lahir, si ayah akan mempunyai kesempatan untuk azan di telinganya.

Keindahan-keindahan di atas sudah melebihi segala keindahan sebelum perkahwinan. Kalau Anda masih takut juga untuk berkahwin, yakinkan bahawa perkahwinan adalah salah satu hijrah>>>merubah diri untuk menjadi LEBIH BAIK...^_^ InsyaAllah~

Allah Ya Rahman...
Allah Ya Rahim...
selamat beramal~  :)

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Menangis lah..



Dalam kehidupan ini, banyak sangat cabaran, ujian dan dugaan. Kadang-kadang kita tabah, tapi banyaknya kita tewas. Bila sedih tertekan sangat-sangat, penulis syorkan menangis sahajalah. Menangis bukan bererti mengabaikan baca al-Quran, solat dan sabar, serta berzikir. Menangis adalah fitrah manusia.

Dari segi kedoktoran penulis taklah tahu sangat, tapi air mata pun rupa-rupanya ada beberapa jenis. Air mata yang asas dihasilkan terus-menerus untuk menjaga mata kita tetap bersih, pentingnya untuk mencegah kerosakan yang disebabkan oleh arus udara dan debu kotor yang berterbangan. Air mata iritasi; dihasilkan ketika mata terkena angin atau pasir (serangga or batu kecil macam habuk). Kedua-dua jenis air mata ni bertindak melindungi. Ketiga, air mata emosional. Air mata emosional ini terkait dengan satu hormon stress namanya prolaktin, yang meningkat serta berhubungan secara positif dengan frekuensi tangisan emosional. Wanita dikatakan memiliki lebih banyak prolaktin yakni sebanyak 60 peratus. Jadi, tidak hairan kenapa wanita lebih banyak menangis dan keluarkan air mata berbanding lelaki. Kalau pendam banyak sangat perasaan, hormon stress akan meningkat dan akan mengganggu kesihatan kita. Mungkin jadi murung dan sebagainya. Jadi, dengan menitiskan air mata, kadar stress akan berjaya dikurangkan. Subhanallah! Hebat sepasang mata yang Allah kurniakan.

Sejarah telah membuktikan manusia memang menangis. Dari manusia biasa hingga para Nabi dan Rasul. Tidak ada apa-apa yang memalukan dengan mengeluarkan air mata. Namun air mata yang termahal pastilah air mata yang mengalir semata-mata kerana takutkan azab api neraka di akhirat kelak. Air mata taubat, air mata insaf. Jika terkesan dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan membuat hati sedih pilu, biarkan saja mata menangis. Jika terkesan dengan laungan azan dan bacaan al-Quran tatkala berada di dalam masjid, biarkan saja ianya menitis. Jika terkesan dengan cerita perit Rasulullah SAW mengharungi hidup dalam menegakkan kalimatullah di muka bumi, hamburkan saja air matamu tidak kira waktu itu dirimu berdiri di mana-mana sahaja.
Rasulullah SAW juga pernah menangis sedih. Rasulullah SAW juga manusia. Rasulullah SAW juga punya air mata. Rasulullah SAW juga punya rasa sedih pada erti kehilangan. Rasulullah SAW juga pernah melalui waktu duka kehilangan isteri tercinta. Juga pernah kehilangan puteri tersayang.

Usamah bin Zaid meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah SAW mengangkat mayat anak dari puteri Baginda yang telah meninggal dunia. Lantas kedua-dua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata. 

Sa'd berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?" Rasulullah SAW menjawab, "Ini adalah kasih sayang. Allah menjadikan kasih sayang ini di dalam hati hamba-hambaNya. Dan Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang bersifat pengasih." (HR Muttafaqun 'Alaih)

Rasulullah SAW mengenang kasih Tuhan dalam tangisan. Itu gaya Rasulullah SAW. Itulah cara yang patut kita ikuti.

Menangislah puas-puas jika di saat ini hati sedih, perit dan pedih tak tertanggung lagi.


Sesedih mana pun, ingat...Allah kan masih ada. 
Penulis teringat di akhir surah al-Mulk ayat 30, firman Allah:


Sekiranya kita terlalu kejarkan apa yang kita ingini di dunia, kita akan terlupa akan Allah sedikit demi sedikit.   Sekiranya suatu hari nanti Allah tutup mata air di dunia (sebagai contoh), tercari-carilah kita akan mata-mata air yang boleh mengeluarkan air untuk menghilangkan dahaga tekak masing-masing. Tapi bila Allah tidak izin juga keluar air dari mana-mana mata air, maka penulis pasti akan ada air lain yang akan keluar yakni air mata kita. Air mata menyesal terlupakan Allah..


~Love this~ Credit to Rusydee Arts.. ^_^

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^