Aku ingin untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana aku sedar yang aku ni tidak sempurna..Banyak kekurangan yang Allah berikan kepada aku dan aku tahu itu adalah kerana Allah ingin aku sentiasa mengingatinya dalam setiap perkara...Maha suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..pernah tak korang rasa amat cemburu bila tengok orang lain berubah ke arah yang lagi baik sedangkan kita dah lama merasainya tapi berat hati untuk melakukannya? yup! aku merasakan itu..
Aku cemburu yang amat sangat tengok perempuan yang bertudung labuh..cantik sangat rupanya dorang menutupi apa yang patut disembunyikan.. sungguh indah ~ ^_^
Aku cemburu tengok perempuan yang menjaga auratnya dengansempurna yang hanya menampakkan tapak tangan dan muka sahaja..Kadang2 aku berperang dengan perasaan sendiri antara mahu dan malu..Tapi Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk berubah..aku sedang belajar..memang memerlukan istiqamah yang tinggi kerana aku berubah bukan sesaat tapi untuk selamanya..
Bila kita semakin berubah, kita akan sedar semakin kerdilnya kta.. kerdil dengan ilmu-ilmuNya. .yang pasti aku inginterus berubah walaupun secara perlahan..skrg ni Allah dah tiupkankesedaran dalam diri aku, aku sedar tentang diri aku..sampai bila kita mahu nafikan kesedaran kita tu dan berbangga dengan diri kitasekarang.? Sedangkan yang sekarang bukanlah yangterbaik..
manusia yang terbaik itu akan sentiasa mengharapkan esok
adalah lebih baik dari hari ini dan seterusnya..setiap hari tanamkan niat dan berdoa untuk berubah..insyaAllah
~Berubah itu bukan perkara mudah, perlukan 1001 kekuatan..Berubah itu indah..jom la cuba..^_^ ~
Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^
Buat kekasih anda, andai dirinya bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti,
cinta bukan bermaksud keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga, cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dalam cinta~~ PakarCinta, Motivator Cinta.
Aku mencintaimu dengan caraku sendiri. Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak. Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.. Aku mencintaimu dengan cara sendiri. Mengajakmu mengenal syurga yang abadi. supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana. Begitulah caraku mencintaimu. Aku Berharap, kau mengerti. Dan kau mampu Memahamiku Dalam setiap langkahku….. Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH…
Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.
Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.
Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah,
aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau.
Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,
aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya. Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda.. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.. =')
Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^
Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”
Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”
Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…
Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”
“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”
“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”
“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya
Malaikat itu menyentuh dadanya, “Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya” “Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”
“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan” “Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki… Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri…
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit… Mampu tertawa saat hatinya menangis… Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya… Dia boleh melawan ketidakadilan… Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia… Hatinya terluka saat melihat kesedihan… Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka…
“CINTANYA TANPA SYARAT” Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekurangannya?”Tuhan menjawab, “Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”. =)
Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^
"..Aku hanyalah seorang muslimah yang pernah merasa gagal untuk menjadi seorang muslimah yang baik..Aku juga seorang Hamba...hamba kepada Allah...yang lemah...sering lalai dan lupa mengenai tanggungjawab ku sebagai hamba-Nya....and now is learning to love HIM forever..
Hidupku...matiku...ibadatku...
sembahyangku....adalah kerana ALLAH...." =')