Pengalaman mematangkan fikiran..

HATIKU MULA TERDETIK PABILA AIR MATA MULA MENGALIR

Assalamualaikum..


Tiap kali aku berfikir kenapa Allah sentiasa memberi ujian kepada hambanya. Aku bersyukur kerana diberi ujian setiap kali aku mula melangkah ke arah sesuatu yang membinasakan aku dan kadang kala membuat aku alpa dan leka. Ujian acap kali mengajarku erti rendah diri, hormat pendapat orang lain dan memahami keadaan orang lain. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku ujian. Aku tidaklah setabah Siti Hajar. Walaupun ditinggalkan di padang pasir yang tandus dengan kudrat seorang wanita, dia tetap bangkit meneruskan kehidupan dalam segala kepayahan. Semua ini tidak mungkin dapat diharungi oleh wanita biasa-biasa yang tidak memiliki jiwa yang cukup tabah. Aku mudah mengalirkan air mata namun aku cuba juga kuatkan diri dan menganggap ianya penyuntik semangat untuk aku terus bangun mencari pengalaman hidup yang cukup bermakna. Kadangkala aku mempertahankan perasaanku namun Kadang kala aku tewas dan tika saat itulah air mata berderai jatuh sehingga hati ini mampu ditenangkan kembali. Aku tidak mampu untuk mengadu kepada sesiapa kerana aku merasaakn mereka ini tidak pernah paham apa yang terjadi kepada aku kerana hanya kau Ya Allah yang sentiasa memberi harapan bahawa hidup ini perlu diteruskan~~

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

0 budak comel komen: