Pengalaman mematangkan fikiran..

Kebenaran sebuah kegagalan

 
Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Ini kerana, setiap individu berbeza-beza kemampuannya. Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Jika kita melihat betapa dalam dan besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Nah, kasih sayang Allah SWT lebih dalam dan besar dari itu. Mustahil Allah akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.

Tidak akan Allah memudaratkan diri kita jika perkara tidak mampu dilakukan. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Begitu juga dengan kegagalan yang ditimpakan ke atas kita. Hikmah itu akan muncul dengan bersebab. Percayakan Allah SWT dan membuangkan perilaku mengeluh serta berputus asa kita.

‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga yang selalu dihembuskan kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita.

Kita mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Selagi belum tiba hari esok selagi itulah kita berpeluang untuk berjaya. Pilihan terletak di dalam genggaman dir kita sendiri. Masa berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk menentukan kebahagiaan dunia dan akhirat kita.  

*Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.


~Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
~Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
~Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
~Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
~Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
~Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
~Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
~Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
~Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
~Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

Gagal Itu Satu Anugerah

Gagal itu satu anugerah dan rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja. Apa yang di maksudkan di sini adalah bentuk kegagalan yang dirasai oleh setiap individu itu. Sebagai contoh, bukan semua pelajar merasai kegagalan dalam peperiksaan.

Oleh itu, pelajar yang gagal tadi akan merasakan lebih bersungguh dan berhati-hati dalam pembelajarannya yang akan datang. Ini kerana dia berlajar dari kegagalan. Tetapi ini tidak bermakna kita wajib gagal untuk berjaya.

Gagal juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang. Dengan pernah merasai sesuatu kegagalan itu, kita ingin memastikan orang disisi kita tidak merasainya. Salah satu sebab kita dapat menjadi seseorang yang lebih baik dan berjaya pada hari akan datang dengan telah merasai kegagalan.

Kemampuan seorang yang pernah menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal. Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita hadapi. Mintahlah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar pemohonan hamba-Nya. Doa dengan menggunakan kalam Allah SWT :-

Maksudnya :- “Wahai tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah tugasku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul dari lidahku. Supaya mereka faham tutur kataku”. [Thoha; 20:25-28]

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Senyum =)

  
Andai kita ketawa hri ini, esok mungkinkh kita mnangis?
Andai kta sedih menatap hri esok? Akan kah hri esok itu bhgia buat kita lalu kita ketawa bersama?
Benar kata orng, ada berberapa perkara kite perlu mdiamkn dri..dan 
ada bbrpa prkara pulak kta harus luahkan..
Andai hari esok bukan milikku. .Jadikn lah aku kngn mu, bersemadi terus dihatimu..( jiwangss..haha)
Hanya 1saat untuk terpikat pd sesorang.. 1minit untuk jatuh hati.. 1jam untuk menyukai.. 1hari untuk menyakiti.. Tapi mengambil masa seumur hidup tuk melupakan.
Meskipun Hati Terluka,Aku Akan Tetap Senyum Untukmu...
: : Assalamualaikum: :

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Alhamdulillah~

    

Alhamdulillah. Puji dan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam. Syukur kerana setelah kita tidur, kita masih lagi dibangkitkan. Syukur kerana sepanjang kita tidur, kita tidak sedar apa yang sedang berlaku pada diri kita apatah lagi pada rumah kita, bila kita membuka mata pada pagi ini, semuanya masih kekal selamat seperti hari sebelumnya. Alhamdulillah.

Kita masih diberi peluang untuk hidup sehari lagi. Kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan mensucikan diri dari dosa. Kita masih diberi peluang untuk memohon kemaafan daripada insan-insan yang pernah kita sakiti. Kita masih diberi peluang untuk mengumpul amalan dan bekalan untuk dibawa ke alam akhirat. Terima kasih Allah.

Sahabat kita yang suatu masa dahulu ketawa dan menangis bersama telah pun pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Giliran kita entah bila? Allah telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti mati. Dan kita. Pasti mati! Bilakah masanya hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Berdoa dan berusahalah, agar kita mati dalam keadaan yang baik. Cukup amalan dan bekalan untuk menghadap Ilahi. Kerana yang pasti, setelah roh meninggalkan jasad, sejuta penyesalan tiada gunanya. Tiada lagi u-turn. Sudah sampai masanya kita menikmati ganjaran atau balasan atas apa yang kita kerjakan ketika hidup kita di dunia. Allahuakbar.

Sebagai manusia yang fitrahnya mempunyai nafsu. Ditambah pula dengan sumpah dendam syaitan yang inginkan anak cucu Adam bersama mereka di neraka, kita manusia cenderung melakukan dosa dan maksiat. Biarpun mempunyai akal namun tanpa keimanan yang teguh, kita pasti tewas pada godaan dunia dan hasutan syaitan. Naauzubillah.

Kerana kita manusia biasa, bukan maksum. Kerana kita sememangnya manusia, bukan malaikat. Justeru, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan.

Oleh itu, syukurlah. Kerana Allah masih lagi menyambung kontrak pinjaman nyawa dan jasad kita, memberi kita peluang untuk menginsafi diri, mensucikan diri dari dosa dan maksiat, bertaubat dan memohon keampunan dariNya. Moga Allah mengampunkan dosa kesalahan kita. Moga Allah melindungi kita dari perkara dosa dan maksiat. Semoga Allah menjauhkan kita dari api neraka. Amin ya rabb.

Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Mati pasti tiba. Mungkin saya pergi dulu sebelum kalian. Mana salah saya, sudilah kiranya kalian maafkan. Mana silap saya, moga sudilah kalian tunjukkan. Kerana saya ini cuma manusia biasa, sama seperti kalian. Tidak lepas melakukan kesalahan dan tidak pula dapat melarikan diri daripada malaikat maut.

Jom! Ingatkan saya. Ingatkan diri kita. Mari kita bersyukur dengan segala nikmat dan anugerah dari Ilahi dengan memanfaatkan segalanya ke arah kebaikan. Sebelum mata terpejam buat selamanya.

Ya Tuhan kami.. Berikanlah kami kemaafan, ampunilah kami, rahmatilah kami.. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir..

Amin ya rabb..

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^