Pengalaman mematangkan fikiran..

Kisah Saya Dan Awak~

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.  
                    
Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang.

Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya



 Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”. Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. 



Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja. Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya..Alhamdulillah.. ~>Ya Allah,Jadikanlah HATI Kami Ini Mencintai Hanya KeranaMu, Moga Kami KEKAL Di Dalam REDHAMU.. Amin Allahumma Amin.. InsyaAllah,Mencintai awak kerana Allah.. =)



Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Kebenaran sebuah kegagalan

 
Setiap dari kita pasti pernah merasai gagal tetapi kegagalan yang di rasai oleh setiap insan adalah berbeza-beza. Ini kerana, setiap individu berbeza-beza kemampuannya. Allah SWT itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Jika kita melihat betapa dalam dan besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Nah, kasih sayang Allah SWT lebih dalam dan besar dari itu. Mustahil Allah akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.

Tidak akan Allah memudaratkan diri kita jika perkara tidak mampu dilakukan. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Begitu juga dengan kegagalan yang ditimpakan ke atas kita. Hikmah itu akan muncul dengan bersebab. Percayakan Allah SWT dan membuangkan perilaku mengeluh serta berputus asa kita.

‘Belajar dari kesilapan’ dan ‘Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya’ itulah di antara kata-kata pujangga yang selalu dihembuskan kepada mereka yang sedang kecewa dalam menempuhi kegagalan sesuatu perkara. Ia benar setiap saat adalah peluang bagi kita.

Kita mempunyai peluang untuk menebus balik kegagalan. Selagi belum tiba hari esok selagi itulah kita berpeluang untuk berjaya. Pilihan terletak di dalam genggaman dir kita sendiri. Masa berlalu sangat pantas dan sentiasa mencumburui kita. Kejarlah masa untuk menentukan kebahagiaan dunia dan akhirat kita.  

*Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.


~Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
~Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
~Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
~Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
~Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
~Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
~Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
~Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
~Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
~Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

Gagal Itu Satu Anugerah

Gagal itu satu anugerah dan rahmat dari Allah SWT kepada mereka yang terpilih sahaja. Apa yang di maksudkan di sini adalah bentuk kegagalan yang dirasai oleh setiap individu itu. Sebagai contoh, bukan semua pelajar merasai kegagalan dalam peperiksaan.

Oleh itu, pelajar yang gagal tadi akan merasakan lebih bersungguh dan berhati-hati dalam pembelajarannya yang akan datang. Ini kerana dia berlajar dari kegagalan. Tetapi ini tidak bermakna kita wajib gagal untuk berjaya.

Gagal juga sebagai satu pengalaman hidup yang mematangkan seseorang. Dengan pernah merasai sesuatu kegagalan itu, kita ingin memastikan orang disisi kita tidak merasainya. Salah satu sebab kita dapat menjadi seseorang yang lebih baik dan berjaya pada hari akan datang dengan telah merasai kegagalan.

Kemampuan seorang yang pernah menghadapi kegagalan dapat membimbing serta menasihati orang yang gagal. Elakkan diri kita dari mengeluh dan berputus asa di atas kegagalan yang kita hadapi. Mintahlah doa kepada Allah SWT yang tidak putus-putus mendengar pemohonan hamba-Nya. Doa dengan menggunakan kalam Allah SWT :-

Maksudnya :- “Wahai tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah tugasku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul dari lidahku. Supaya mereka faham tutur kataku”. [Thoha; 20:25-28]

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Senyum =)

  
Andai kita ketawa hri ini, esok mungkinkh kita mnangis?
Andai kta sedih menatap hri esok? Akan kah hri esok itu bhgia buat kita lalu kita ketawa bersama?
Benar kata orng, ada berberapa perkara kite perlu mdiamkn dri..dan 
ada bbrpa prkara pulak kta harus luahkan..
Andai hari esok bukan milikku. .Jadikn lah aku kngn mu, bersemadi terus dihatimu..( jiwangss..haha)
Hanya 1saat untuk terpikat pd sesorang.. 1minit untuk jatuh hati.. 1jam untuk menyukai.. 1hari untuk menyakiti.. Tapi mengambil masa seumur hidup tuk melupakan.
Meskipun Hati Terluka,Aku Akan Tetap Senyum Untukmu...
: : Assalamualaikum: :

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^