Pengalaman mematangkan fikiran..

Jangan Terlalu Baik, Nanti Saya Akan Merindui Awak~

Assalamualaikum ..
"Jangan Terlalu Baik..Nanti sy mrindui awk.."


Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
~Puteri Santub0ng~





Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Lirik lagu~

Aku Berundur                                             
bisakah dia mencintaimu?
bisakah aku mencintaimu?
bisakah dia memilikimu?
bisakah aku memilikimu?
mungkin dia yg terbaik untukmu
dan kini aku harus berundur

lebih baik kau pergi padanya
lebih baik kau memilih dia
jgn pernah kau hiraukan hatiku
lebih baik kau pergi padanya
lebih baik kau memilih dia
pergilah kau padanya, aku rela

bisakah dia mencintaimu?
bisakah aku mencintaimu?
bisakah dia memilikimu?
bisakah aku memilikimu?
tp tak mengapa aku sedia
berundur dan merelakan dia

aku cuba dan cuba bertahan untukmu
walau ia menyakiti, aku bertahan untukmu

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^

Ku mangharapkan Ramadan Kali ini Penuh makna~

Assalamualaikumm..
Alhamdulillah...bersyukur aku padaNya kerana memanjangkan umurku 
sehingga menghampiri hari hari awal ramadhan...semoga dapat ku jalani ramadhan tahun ini dengan penuh keinsafan...^^

" Ya Allah, jika ini adalah ramadhan ku yang terakhir, engkau jadikan lah ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik untuk ku. Amin "

Kepada semua muslim..Selamat Menjalani ibadah puasa..^_^

Trima kseh dh sudi baca..kalau sudi tekan la "Like" skali.. ^_^